Sunday 27 November 2011

Lagu Mengikut Tema

Klik dan dengar. Anda dikehendaki meneka tema yang bersesuaian mengikut lagu.




Pasti kenangan lama mengamit kembali.

Thursday 24 November 2011

Phonetic Reading :Let us start with a song.



Jom Santai Minda =)

Di sini saya kepilkan slide show aktiviti Zon Simpang untuk tatapan anda....




Lawatan Kami ke Zoo Taiping dan Kilang Air Spritzer

Pada 16 November yang lalu kami telah pun membuat kunjungan ke Zoo Taiping dengan bilangan pelajar seramai 20 orang, guru pengiring seramai 3 orang dan dibantu oleh 10 orang kaum ibu yang turut serta memeriahkan rombongan kami.

Kad Perkataan Bergambar : Tema Objek Di Dalam Kelas



Download Link : Kad BBM

Majlis Konvokesyen Prasekolah 2011 Peringkat Zon Simpang

Tarikh :  1 November 2011
Hari    :  Selasa
Tempat : Dewan Bunga Raya, Changkat Jering.


    Alhamdullilah... Keseronokan jelas terpancar di wajah anak-anakku. Walaupun ianya satu majlis yang mungkin susah untuk dimengertikan namun saya yakin mereka seronok dan gembira dengan apa yang senag mereka lalui. Gambar adalah sebagai bukti. Terimalah bingkisan kenangan terindah kami....

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini kerana merealisasikan kenangan terindah kami.





Wednesday 23 November 2011

Sejarah Prasekolah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

        Prasekolah SK Laksamana, Kuala Sepetang telah memulakan pembinaannya pada bulan November 2006.Tapi sayang menjelang sesi persekolahan bangunan tidak dapat siap sepenuhnya. Maka terpaksalah kami memulakan sesi persekolahan dengan menumpang kelas Pemulihan. Akhirnya bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Bermulalah sesi persekolahan kami di kelas yang serba serbi baru. 
       Pada ketika itu bilangan murid adalah seramai 25 orang.Apa lagi seronoklah mereka kerana berjaya menjadi penghuni pertama kelas tersebut.Kelas ini dibuka di bawah program perluasan prasekolah tahun 2007. Walaupun prasarana yang ada belum lengkap ini tidak menghalang kami untuk belajar dan mengharungi suasan yang ceria. Pada masa yang sama saya belum lagi menerima PPM ( Pembantu Pengurusan Murid ) . Atas izin guru besar dan perbincangan dengan Jawatankuasa Prasekolah kami setuju untuk menggunakan perkhidmatan kantin bagi penyediaan makanan murid.
       Alhamdullilah pada akhir bulan Februari kami menerima PPM baru. Empunya diri bernama Rafidah bt Mohd Said berumur 35 tahun, berasal dari Kampung Assam Kumbang, Taiping dan tiada pengalaman menjadi PPM. Anak-anak semua panggil Umi.

  Saya pula Che Suzei bt Che Ali Mohamad merupakan guru Prasekolah SK Ulu Laksamana yang pertama sehinggalah hari ini . Berasal dari Pasir Mas, Kelantan . Majoriti murid-murid prasekolah adalah terdiri daripada anak-anak tempatan. Kegiatan ekonomi utama penduduk Kampung Kuala Sepetang  adalah nelayan.  Tangkapan utama mereka adalah udang. Kuala Sepetang terkenal dengan mi udang.