Monday 12 December 2011

Mari Belajar Membaca

Warga SK Laksamana

Kenali orang penting SKL.

Guru Besar : Pn. Hjh Rossiah bt Md
PK Pentadbiran : Pn. Hjh Suprah bt. Mohamad
PK HEM   : Pn. Hjh Aishah bt Che Die
PK Ko-Ku : En.Azizi b. Mohd Isa

Saturday 10 December 2011

Cara Menulis huruf Besar Dan Huruf Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Untuk rakan-rakan terimalah kad ABC yang saya terima dari rakan saya Cikgu Hajar . Semoga kita dapat gunakan bersama-sama. Cara penulisan yang betul amat penting agar para pelajar dapat  menghasilkan tulisan yang cantik dan  kemas dengan konsep yang betul.


Lagu Prasekolah : Tema Keluarga


Di sini ada 3 buah lagu berformat Mp3 (Ibu, Sayang SemuanyaSaya Sayang Ibu) . Sila klik pada gambar untuk memuat  turun lagu-lagu tersebut dan untuk muat turun lirik lagu, sila klik

Sunday 27 November 2011

Lagu Mengikut Tema

Klik dan dengar. Anda dikehendaki meneka tema yang bersesuaian mengikut lagu.




Pasti kenangan lama mengamit kembali.

Thursday 24 November 2011

Phonetic Reading :Let us start with a song.



Jom Santai Minda =)

Di sini saya kepilkan slide show aktiviti Zon Simpang untuk tatapan anda....




Lawatan Kami ke Zoo Taiping dan Kilang Air Spritzer

Pada 16 November yang lalu kami telah pun membuat kunjungan ke Zoo Taiping dengan bilangan pelajar seramai 20 orang, guru pengiring seramai 3 orang dan dibantu oleh 10 orang kaum ibu yang turut serta memeriahkan rombongan kami.

Kad Perkataan Bergambar : Tema Objek Di Dalam Kelas



Download Link : Kad BBM

Majlis Konvokesyen Prasekolah 2011 Peringkat Zon Simpang

Tarikh :  1 November 2011
Hari    :  Selasa
Tempat : Dewan Bunga Raya, Changkat Jering.


    Alhamdullilah... Keseronokan jelas terpancar di wajah anak-anakku. Walaupun ianya satu majlis yang mungkin susah untuk dimengertikan namun saya yakin mereka seronok dan gembira dengan apa yang senag mereka lalui. Gambar adalah sebagai bukti. Terimalah bingkisan kenangan terindah kami....

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini kerana merealisasikan kenangan terindah kami.





Wednesday 23 November 2011

Sejarah Prasekolah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

        Prasekolah SK Laksamana, Kuala Sepetang telah memulakan pembinaannya pada bulan November 2006.Tapi sayang menjelang sesi persekolahan bangunan tidak dapat siap sepenuhnya. Maka terpaksalah kami memulakan sesi persekolahan dengan menumpang kelas Pemulihan. Akhirnya bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Bermulalah sesi persekolahan kami di kelas yang serba serbi baru. 
       Pada ketika itu bilangan murid adalah seramai 25 orang.Apa lagi seronoklah mereka kerana berjaya menjadi penghuni pertama kelas tersebut.Kelas ini dibuka di bawah program perluasan prasekolah tahun 2007. Walaupun prasarana yang ada belum lengkap ini tidak menghalang kami untuk belajar dan mengharungi suasan yang ceria. Pada masa yang sama saya belum lagi menerima PPM ( Pembantu Pengurusan Murid ) . Atas izin guru besar dan perbincangan dengan Jawatankuasa Prasekolah kami setuju untuk menggunakan perkhidmatan kantin bagi penyediaan makanan murid.
       Alhamdullilah pada akhir bulan Februari kami menerima PPM baru. Empunya diri bernama Rafidah bt Mohd Said berumur 35 tahun, berasal dari Kampung Assam Kumbang, Taiping dan tiada pengalaman menjadi PPM. Anak-anak semua panggil Umi.

  Saya pula Che Suzei bt Che Ali Mohamad merupakan guru Prasekolah SK Ulu Laksamana yang pertama sehinggalah hari ini . Berasal dari Pasir Mas, Kelantan . Majoriti murid-murid prasekolah adalah terdiri daripada anak-anak tempatan. Kegiatan ekonomi utama penduduk Kampung Kuala Sepetang  adalah nelayan.  Tangkapan utama mereka adalah udang. Kuala Sepetang terkenal dengan mi udang.